Inilah Pintu ke Neraka yang Ditemukan di Turki

Posted on

Apabila di China terdapat gerbang menuju ke syurga, maka di Turki pun terdapat pintu gerbang yang dianggap sebagai pintu neraka.

Penyelidik Itali mengumumkan bahwa sebuah gerbang ke neraka telah terbuka dari runtuhan di sebelah Barat Daya Turki. Gerbang yang disebut Pluto Gate ini ditemui pada halaman terdahulu di bandar Phrygian, Hierapolis yang kini disebut Pamukkale.

“Pluto” berasal dari Plutonion dalam bahasa Yunani atau Plutonium dalam bahasa Latin. Pluto melambangkan gerbang menuju dunia bawah dalam tradisi dan mitos Greco-Roman.

pintu-ke-neraka-yang-ditemui-di-turki-1

“Bilik ini penuh dengan wap berkabut yang padat hingga menghalang pandangan. Semua haiwan yang melewati wap itu akan terus mati. Aku melemparkan burung pipit ke dalamnya, dan burung itu terus mati dan jatuh,” tulis seorang ahli geografi Yunani Strabo.

Penemuan gerbang neraka ini dilakukan oleh ahli arkeologi Itali di Istanbul Turki, iaitu pasukan yang dipimpin oleh Fransesco D’Andria profesor arkeologi klasik dari University of Salento.

pintu-ke-neraka-yang-ditemui-di-turki-2

“Kami mencari Plutonium setelah membina laluan ke sebuah sumber air. Ternyata mata air Pamukkale yang mengeluarkan wap putih berasal dari gua ini,” ungkap D’Andria.

Halaman=> 1 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close